ALOR GAJAH: Sekurang-kurangnya 248 mangsa daripada 48 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang melanda 14 kawasan sekitar Masjid Tanah di sini, berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah memaklumkan, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat adalah Lendu, Ayer Limau dan Taboh Naning. Setakat pukul 7.30 malam tadi, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS Balai Raya Paya Lebar,…