JASIN: Gara-gara terlanggar serpihan tayar lori atas jalan, seorang lelaki maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lima motosikal di Kilometer 190.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi. Mangsa, Mohd. Afirzul Hamzah, 35, yang menunggang motosikal Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Empat yang cedera ialah Zakrul Ariffin Minhat, 20; Muhammad Zarif Zufayri Mazli,…










