MELAKA: Tembok Masjid An-Ni’mah, Kampung Bukit Piatu di sini pecah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian awal pagi, semalam. Insiden melibatkan sebuah kereta Toyota Corolla Altis berlaku kira-kira pukul 2 pagi, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan melibatkan jemaah. Kemalangan itu merupakan nahas kali kedua menimpa masjid berkenaan selepas kejadian sama dilaporkan berlaku pada Mac 2020. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kereta terlibat dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun yang mendakwa gagal mengawal kenderaannya berikutan cuba mengelak seekor anjing. “Pemandu kereta sedang dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya