JASIN: Hasrat sebuah keluarga mengadakan majlis akikah untuk anak mereka yang berusia dua bulan tidak kesampaian, apabila bayi lelaki itu maut dalam satu kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 184 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi, mangsa, Mohamad Sufyan Mohamad Shahizwan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan membabitkan sebuah treler Scania, sebuah lori Hino serta empat buah kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya