MELAKA: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Danish Mohd. Faizal yang hilang selepas terjatuh dalam sebatang longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini, ketika hujan lebat kira-kira pukul 3.30 petang semalam telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.30 pagi tadi dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.
Berita lanjut menyusul. – UTUSAN










