Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan maut jatuh bangunan sekolah

LOKASI seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan terlungkup dan kepala berdarah oleh tukang kebun sebelum insiden dilaporkan kepada pihak sekolah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.31 petang menerusi talian MERS 999 daripada seorang guru.

Katanya, guru terlibat memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan tingkatan satu terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua memandangkan kasut si mati ada ditinggalkan di kaki lima aras tersebut. Setakat ini tiada saksi bebas yang melihat si mati terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di kawasan sekitar.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap memakai pakaian sukan sekolah dan tidak memakai kasut sebaliknya hanya berstoking,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah Christopher, motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya