Warga emas hilang sejak Ahad ditemukan dalam longkang

Warga emas hilang sejak Ahad ditemukan dalam longkang

MAYAT mangsa bersama motosikal ditunggangnya dijumpai dalam longkang di Jalan Gapam, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun sejak Ahad lalu terjawab, selepas mayatnya dijumpai dalam longkang di Jalan Gapam di sini menuju ke arah Jasin, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat Tan Kue Seng ditemukan oleh warisnya bersama motosikal jenis Demak EX90 yang ditunggang mangsa ketika keluar dari rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.

GAMBAR Tan Kue Seng yang dikongsikan anaknya dalam laman sosial.

Beliau berkata, semasa kejadian mangsa dimaklumkan oleh anaknya sedang menuju ke sebuah kedai kopi di Bemban, Jasin untuk bersarapan pagi seperti kebiasaan.

“Keluarga dan rakan-rakan mangsa ada mencari di kawasan Bemban, Tehel, dan Gapam iaitu laluan balik ke rumah mangsa, namun tidak ditemui. Anaknya juga telah menghubungi Hospital Jasin, Hospital Melaka, Hospital Oriental dan Hospital Pantai, namun tiada rekod.

“Kira-kira pukul 9 pagi hari mangsa dilaporkan hilang, mangsa dikatakan ada pergi ke rumah adik iparnya untuk mengutip wang derma kubur.

“Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 12 tengah hari, mangsa dilihat melalui sebuah gerai buah-buahan yang berada di Taman Bemban Jaya, dalam keadaan sihat menaiki motosikal berkenaan menghala laluan Gapam ke Ayer keroh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sejak semalam, tular dalam media sosial kisah kehilangan Kue Seng yang mana keluarganya memohon bantuan orang ramai untuk mengesan mangsa.

Anak mangsa, Caren Tai berkata, ayahnya yang lebih dikenali dengan panggilan Ah Seng menghidap sakit jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN