fbpx

Wanita maut, Perodua Alza terbabas

KEADAAN kereta milik mangsa yang terbabas di Jalan Gapam Orna Resort, Melaka.

MELAKA: Seorang wanita menemui ajal selepas kereta dipandunya terlibat nahas dipercayai terbabas dalam kejadian di Jalan Gapam Orna Resort di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Kamarudin Mat Amin berkata, mangsa, Mazuin Mohammad yang berusia 30-an tersepit di bahagian pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas kira-kira pukul 5.54 pagi.

Beliau berkata, usai dikeluarkan dari kereta jenis Perodua Alza, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

MAZUIN MOHAMMAD

“Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 5.35 pagi yang memaklumkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Seramai lapan anggota penyelamat digerakkan ke lokasi nahas kira-kira sembilan kilometer dari BBP Bukit Katil. Setiba di tempat kejadian, benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan seorang mangsa wanita berbangsa Melayu tersepit di bahagian pemandu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN