Tragedi tanah runtuh: 2 mayat dipercayai ibu dan anak

Tragedi tanah runtuh: 2 mayat dipercayai ibu dan anak

SUASANA suram ketika ahli keluarga mangsa tanah runtuh hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses pengecaman identiti mayat yang terkorban ekoran tanah runtuh di Father's Organic Farm, Hulu Selangor. - UTUSAN /AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Dua mayat mangsa kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini yang terbaharu ditemukan setakat pukul 1.30 petang tadi, dipercayai pasangan ibu dan anak.

Kedua-dua mayat terdiri daripada seorang wanita berusia dalam linkungan 30-an manakal kanak-kanak itu pula dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, anggota penyelamat menemukan mayat seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak lelaki pada pukul 1.05 petang ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dijumpai dengan sempurna di lereng bahagian bawah tapak perkhemahan Hillview, berdekatan kolam air.

“Semasa kita jumpa, kedudukan mangsa berada berhampiran, (kami) mengesyaki mereka ini adalah ibu dan anak berdasarkan kepada maklumat kita dapat.

“Kedua-dua mangsa dijumpai menggunakan (bantuan) Eskavator yang menggali lumpur tanah berhampiran kolam air.

“Semasa pencarian dilakukan, kedudukan mangsa dalam tanah adalah sedalam tiga kaki di (kawasan) paling hujung sekali,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Norazam berkata, fokus operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketika ini terarah kepada kawasan Hillview dan kolam air di hadapan tapak tersebut.

Namun, katanya, kerja-kerja penggalian masih diteruskan di sektor C atau Riverside selepas mengambil kira penemuan mangsa runtuhan pada petang semalam.

“Berdasrkan (kedudukan) terakhir mangsa, maka kita cuba lakukan penggalian sedalam tiga kaki (untuk mengesan mangsa).

“Pergalian dilakukan sehingga (permukaan) tanah dasar dan bukannya sehingga dalam tanah (asal),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya