HULU SELANGOR: Dua lagi mangsa ditemukan anggota penyelamat pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini, setakat pukul 1.30 petang ini.
Kedua-dua mangsa ke-22 dan ke-23 itu dipercayai individu dewasa lelaki dan kanak-kanak.
Perkembangan itu menyaksikan seramai 23 orang maut dalam tragedi runtuhan itu, dengan 10 individu lagi dilaporkan masih hilang.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, operasi SAR hari kedua berdepan pelbagai cabaran khususnya terpaksa berhati-hati ekoran masih wujud aliran air bawah tanah tapak perkemahan berkenaan.
Beliau berkata, kedudukan tanah lokasi kini diibarat ‘roti direndam dalam air’ sekali gus pihaknya terpaksa berhati-hati dalam misi pencarian. – UTUSAN










