Ibu kali terakhir jumpa Nurul Azwani Rabu lalu

Tragedi tanah runtuh: Ibu kali terakhir jumpa Nurul Azwani Rabu lalu

AHLI keluarga Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang berada Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, yang merupakan seorang daripada mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, dekat sini, reda dengan kehilangannya anaknya itu.

Siti Esah Hassan, 53, ketika ditemui pemberita hanya mengulas dengan ringkas, namun kelihatan reda dengan pemergian anaknya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah pada Rabu lalu,” katanya ketika  ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh malam ini.

Nurul Azwani adalah pekerja kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan mengikuti rombongan 20 guru sekolah itu serta berkhemah di lokasi kejadian sejak Rabu lalu.

Terdahulu, lebih 10 ahli keluarga Allahyarham tiba kira-kira 4 petang selesai menjalani proses pengecaman dan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Jenazah dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh pada 7.45 malam ini dan dipercayai dikebumikan selepas solat Isyak. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN