Bekas imam dikhuatiri lemas ketika menjala ikan - Utusan Malaysia

Bekas imam dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

ZAKARIA MAT NONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang bekas imam dikhuatiri lemas setelah dilaporkan hilang ketika sedang menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri di sini, petang semalam.

Mangsa, Zakaria Mat Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku di sini dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam kolam udang tersebut kira-kira pukul 7 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, panggilan kecemasan diterima pihaknya setengah jam kemudian dan segera mengaktifkan operasi carilamat.

“Operasi disertai 38 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” katanya ketika ketika ditemui di sini, pagi ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati seorang penduduk kampung melihat mangsa sedang menjala ikan di tepi kolam udang sekitar pukul 6.30 petang.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terjatuh dan tidak timbul di permukaan air. Usaha mencari mangsa kini giat dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.