Kereta hancur, peniaga kek lapis syukur hanya cedera ringan

Kereta hancur, peniaga kek lapis syukur hanya cedera ringan

KEADAAN kereta Proton Wira dipandu Maizatul Mad. Said yang remuk selepas merempuh sebuah lori 25 tan dalam kejadian di Lebuh AMJ berhampiran Kandang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang peniaga kek lapis nyaris maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori 25 tan dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Maizatul Mad. Said, 49, yang memandu kereta jenis Proton Wira hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut Maizatul, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Bandar Melaka.

“Ketika itu saya mahu ke Klebang untuk berniaga selepas menghantar anak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin. Saya berada di belakang lori tersebut dan gagal mengawal kenderaan di lokasi lori membuat pusingan U.

“Saya hanya mampu menjerit ‘Allahuakhbar’ selepas melihat bucu belakang lori semakin dekat, sebelum terdengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.

“Alhamdulillah, saya buka mata dan nampak tangan masih berada di stereng. Saya bangun dan keluar sendiri walaupun keadaan kereta ketika itu sudah lumat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati, lori tersebut membuat pusingan U di kawasan dibenarkan.

Katanya, lori berkenaan dilanggar kereta dipandu mangsa ketika membuat pusingan U, bagaimanapun pemandu wanita terlibat hanya mengalami luka kecil pada bahagian tangan dan kaki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.