Disangka tidur, pencuci tandas meninggal akibat serangan jantung

Disangka tidur, pencuci tandas meninggal akibat serangan jantung

MAYAT mangsa ditemui meninggal dunia di Tandas Awam MBMB di Jalan Klebang Besar, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekerja pembersihan ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung di Tandas Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jalan Klebang Besar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada anggota bertugas di Balai Polis Batang Tiga berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 8.49 malam.

Beliau berkata, mayat Mohamad Ismail Saadah, 67, yang beralamat di Batu 4, Permatang Duyong ditemui orang awam yang sebelum itu menyangka mangsa sedang tidur.

“Mangsa bekerja sebagai pencuci tandas ditemui orang awam kira-kira pukul 8.25 malam. Mereka menyangka mangsa sedang tidur, namun mendapati sudah tidak bernyawa dan segera melaporkan kepada anggota yang bertugas.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada badan mangsa dan di lokasi kejadian. Mayat diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian.

“Hospital memaklumkan mangsa adalah pesakit jantung kronik dan pernah dimasukkan ke wad pada 2 November 2009 kerana serangan jantung. Doktor mengesahkan mangsa mengalami komplikasi jantung kronik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, ujian saringan Covid-19 terhadap mayat mangsa juga menunjukkan keputusan negatif dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya