16 cedera, bas ekspres rempuh treler

16 cedera, bas ekspres rempuh treler

KEADAAN sebuah bas ekspres (kiri) yang merempuh belakang sebuah treler membawa barangan kitar semula dalam nahas di Kilometer 179.2 PLUS arah Utara berhampiran Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seramai 27 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler membawa barangan kitar semula dalam nahas di Kilometer 179.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Jasin di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md. Dawam memaklumkan, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi lantas menyebabkan 16 penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bagaimanapun kejadian yang turut melibatkan beberapa warga Singapura itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan kesemua mangsa sudah diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi nahas.

“Panggilan kecemasan diterima bomba pukul 3.57 pagi tadi, setibanya pasukan di tempat kejadian, benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres melanggar belakang sebuah lori treler membawa barang kitar semula.

“Terdapat 27 penumpang bas berkenaan dan 16 daripadanya mengalami kecederaan. Ada di antara mangsa yang terlibat adalah warga Singapura.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh tiga ambulan Kementerian Kesihatan (KKM), satu ambulan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Jasin Bestari dan dua ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Azman, operasi menyelamat kemalangan jalan raya itu tamat pukul 5.20 pagi melibatkan 17 anggota bomba dibantu BBP Tangkak, Johor bersama agensi lain seperti KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak PLUS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya