Nelayan jatuh laut ketika pulang dari candat sotong - Utusan Malaysia

Nelayan jatuh laut ketika pulang dari candat sotong

PEGAWAI Maritim Malaysia giat mengesan T Razali Wok yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dalam laut ketika dalam perjalanan pulang daripada mencandat sotong di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, T Razali Wok, 74, dilaporkan terjatuh di kedudukan 4 batu nautika dari jeti Chendering semasa bot dinaikinya dalam perjalanan balik ke pangkalan. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, operasi carilamat diaktifkan Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan selepas menerima aduan daripada tekong, Abu Bakar Yassin. 

Katanya, mangsa difahamkan keluar mencandat sotong bersama tiga rakan dengan menggunakan bot kelas A bernombor pendaftaran TFA 1643 di Chendering.

“Tekong menyedari mangsa hilang semasa bot menghampiri jeti dan usaha mengesannya giat dijalankan bot Perkasa 1234,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi turut meminta kerjasama masyarakat untuk sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut di samping melaporkan sebarang maklumat kecemasan dan salah laku di talian MERS 999 atau 09-6223657 (Pusat Operasi Maritim Malaysia Terengganu). –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya