Langgar lampu merah, penunggang motosikal maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Langgar lampu merah, penunggang motosikal maut dirempuh kereta

SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam nahas di persimpangan lampu isyarat pekan Kuala Pilah pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Gara-gara melanggar lampu isyarat berwarna merah, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat pekan Kuala Pilah, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 44 tahun yang tidak bekerja disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani, berkata, kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan sebuah kereta model Atos dipandu seorang wanita berusia 36 tahun.

“Siasatan awal mendapati, pemandu kereta dari arah Melang, Kuala Pilah hendak menghala ke pasar pekan Kuala Pilah manakala penunggang motosikal dari arah Juasseh hendak menghala ke Tampin. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai penunggang motosikal telah melanggar lampu isyarat merah dan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar penunggang motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, akibat pelanggaran berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. –UTUSAN/ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN