Op Harimau: Senoi Praaq kawal Pos Bihai, Pos Balar - Utusan Malaysia

Op Harimau: Senoi Praaq kawal Pos Bihai, Pos Balar

SIK Choon Foo (kanan) memberi taklimat kepada anggota Senoi Praaq di RPS Kuala Betis, Gua Musang sebelum bertolak ke Pos Bihai hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 21 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak selamat tiba di sini bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam Op Harimau.

Mereka akan bertugas di kawasan Pos Bihai dan Pos Balar selama tiga minggu bagi menjaga keselamatan petugas Perhilitan yang kini dalam operasi menjejak harimau belang yang masih berkeliaran.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pasukan Senoi Praaq tiba berperingkat dan kumpulan pertama sudah masuk ke lokasi bermula semalam dengan tujuh kenderaan pacuan empat roda. 

“Enam lagi anggota tiba hari ini. Skop penugasan pasukan keselamatan ini lebih kepada untuk menjaga keselamatan para petugas Perhilitan dan penduduk kampung sekitar kawasan Op Harimau,” katanya.

Choon Foo berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota Senoi Praaq di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, masyarakat Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar yang berdepan ancaman harimau dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar rumah.

Media sebelum ini melaporkan jangkitan virus canine distemper (CDV) merupakan antara punca kejadian harimau belang yang dikesan berkeliaran di perkampungan Orang Asli sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.

Pengarah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr. Mark Rayan Darmaraj berkata, jangkitan virus itu atau kecederaan terhadap seekor harimau boleh menyebabkan haiwan itu merayau di luar habitat semula jadi mereka. 

Tingkah laku itu seterusnya mendatangkan konflik, termasuk menyerang manusia seperti kejadian seorang lelaki ditemukan maut selepas dibaham harimau belang di Pos Bihai, di sini baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya