[VIDEO] 'Sungai Lui, Sri Nanding bagai dilanda tsunami' - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Sungai Lui, Sri Nanding bagai dilanda tsunami’

TANGKAP layar kereta yang tersadai akibat banjir di Hulu Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan pasca banjir di kawasan di Sungai Lui dan Taman Sri Nanding,  Hulu Langat seperti dilanda tsunami.

Banyak rumah terutamanya yang diperbuat daripada kayu hanyut dibawa arus air deras manakala lebih 20 buah kereta kelihatan tersadai dan bergelimpangan.

KEADAAN sekitar Sungai Lui, Hulu Langat yang bagaikan dilanda tsunami. -Video media sosial

Pokok-pokok tanaman juga musnah dan ada sesetengah kawasan kelihatan seperti padang jarak padang tekukur.

Malah, banyak struktur jalan raya rosak ada sebahagiannya roboh.

Kebanyakan warganet dalam media sosial menyatakan rasa simpati di atas kejadian tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya