Banjir: Dua jalan ditutup di Rembau - Utusan Malaysia

Banjir: Dua jalan ditutup di Rembau

KEADAAN Jalan Lubok China-Port Dickson yang ditutup daripada sebarang kenderaan sejak awal pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua laluan di daerah ini iaitu di Jalan Lubok China-Port Dickson dan Jalan Sawah Raja-Nerambai, di sini, ditutup daripada sebarang kenderaan susulan air naik sehingga hampir 0.4 meter.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Mohd. Fareid Isa berkata, di laluan Jalan Lubok China-Port Dickson air mulai naik seawal jam 12.30 tengah malam tadi dengan kepanjangan kawasan yang terlibat kira-kira 300 meter.

“Di laluan Jalan Sawah Raja-Nerambai mula dinaiki air seawal pukul 7 pagi tadi dan sehingga pukul 9 pagi tadi kedua-dua laluan masih ditutup daripada sebarang kenderaan.

“Antara faktor yang menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah fenomena air pasang besar menyebabkan aliran air yang banyak dari pelbagai tempat bertumpu di lokasi berkenaan,” katanya hari ini.

Mohd. Fareid berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif dan mengelak dari melalui lokasi jalan yang ditenggelami banjir bagi tujuan keselamatan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya