Bomba Kuala Selangor lakukan sanitasi di PPS - Utusan Malaysia

Bomba Kuala Selangor lakukan sanitasi di PPS

ANGGOTA bomba melakukan sanitasi di sebuah kelas di SK Dato Maharaja Lela, Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Susulan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharaja Lela di sini, pasukan bomba melakukan operasi sanitasi terhadap keseluruhan sekolah tersebut.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, PPS tersebut menempatkan seramai 96 mangsa banjir sejak lapan hari lalu.

“Selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kita melaksanakan operasi sanitasi terhadap keseluruhan sekolah terbabit semalam sebagai langkah pencegahan Covid-19.

“Pada masa sama, kita juga masih dalam keadaan bersiap sedia sekiranya banjir berlaku lagi di kawasan Kuala Selangor. Setakat ini, tiada mangsa banjir ditempatkan di mana-mana PPS,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, banjir di daerah ini telah sepenuhnya setelah lapan hari kawasan itu mengalami bencana alam tersebut.

Kesemua 96 mangsa yang ditempatkan d PPS SK Dato Maharaja Lela di sini dibenarkan pulang selepas mendapati kawasan perumahan mereka selamat.

Mangsa banjir terbabit daripada penempatan di Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih.

Sejak 18 November lalu, lebih 200 penduduk dipindahkan ke empat PPS di daerah ini selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Banjir setinggi 0.3 meter itu turut melibatkan Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman, Kampung Parit Mahang di Ijok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya