18 agensi giat bersihkan pantai tercemar - Utusan Malaysia

18 agensi giat bersihkan pantai tercemar

KERJA-kerja pembersihan sisa tumpahan minyak giat dilakukan di kawasan paya bakau yang tercemar di Tanjung Tuan, Alor Gajah. - UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Memasuki hari keenam, lebih 100 kakitangan daripada 18 agensi negeri ini masih berhempas-pulas membersihkan kesan tumpahan minyak di pesisir pantai dan kawasan pokok bakau di Tanjung Tuan, di sini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Leftenan (Pertahanan Awam) Noor Jauzi Hashim dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan itu dibuat secara manual termasuk mengutip, menyapu dan mencedok sisa minyak di kawasan terbabit. 

“Seramai 115 kakitangan masih di lokasi untuk kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak ini termasuklah tenaga kerja dari Petronas, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG).

“Sisa minyak ini terpaksa dibersihkan secara manual termasuk mengutip, mencedok (scooping) dan menyapu (sweeping) dan pembersihan turut dilakukan di kawasan pokok bakau,” katanya. 

Tambah Noor Jauzi, sisa minyak yang terkumpul akan dikutip oleh pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). 

“Pemantauan air turut dilakukan untuk meninjau keadaan perangkap minyak yang digunakan dan penggantian alat itu juga dibuat di lokasi kawasan paya bakau. 

“Kerja-kerja pembersihan lain termasuklah mengutip sisa sampah dan kayu di kawasan terlibat,” katanya. 

Terdahulu, antara agensi lain yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dan PV Environment. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.