Wanita dihanyut kepala air - Utusan Malaysia

Wanita dihanyut kepala air

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari wanita dihanyutkan arus deras di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut di Taiping hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, operasi mencari mangsa dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 3.50 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama keluarganya mandi di kawasan air terjun berkenaan.

“Arus deras secara tiba-tiba menyebabkan mangsa, K. Kanagavalli, 45, hilang dibawa arus manakala ahli keluarganya yang lain iaitu dua wanita dan seorang remaja lelaki diselamatkan orang awam.

“Operasi mencari mangsa kini sedang dijalankan dengan melakukan pencarian di tebing sungai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.