Kereta terbabas masuk restoran, langgar pejalan kaki - Utusan Malaysia

Kereta terbabas masuk restoran, langgar pejalan kaki

KEADAAN sebuah MPV yang terbabas dan memasuki sebuah restoran di Lukut, Port Dickson pagi tadi. Kemalangan tersebut turut mencederakan seorang pejalan kaki. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang pejalan kaki mengalami kecederaan di kepada dan patah tangan kiri apabila dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda yang terbabas sebelum merempuh sebuah restoran di Lukut di sini hari ini.

Saksi kejadian, Samy, 51, yang juga pelanggan restoran berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, beliau tekejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat ketika sedang minum di restoran berkenaan.

“Kemudian saya lihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bawah sebuah kereta yang merempuah masuk ke dalam restoran.

“Saya bersama beberapa saksi lain cuba membantu mengeluarkan mangsa dengan mengangkat bahagian belakang kenderaan itu beramai-ramai sebelum mangsa seorang lelaki berjaya diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu MPV terbabit terbabas masuk ke dalam restoran itu ketika sedang mengundurkan kenderaannya.

“Pemandu tersebut yang merupakan seorang guru berusia 48 tahun didapati hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir sebelum melanggar pejalan kaki yang berada di belakang kenderaannya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa, R. Palanianyi, 63, cedera di kepala dan patah tangan kiri di bawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu MPV bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan
dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya