Pemandu 22 tahun maut kenderaan terbabas  - Utusan Malaysia

Pemandu 22 tahun maut kenderaan terbabas 

KEADAAN pacuan empat roda milik mangsa selepas melanggar sebatang pokok dan jejantas di Taman Kota Masai, dekat sini semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan jejantas di Taman Kota Masai, dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.30 petang. 

“Mangsa yang dalam perjalanan dari Kota Masai menuju ke Taman Scientex hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok dan jejantas. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang tersepit mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah beliau, polis bagaimanapun masih menyiasat sama ada kemalangan itu turut membabitkan kenderaan lain atau tidak. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya