PRN Johor tidak beri kesan kepada Pusat

PRN Johor tidak beri kesan kepada Pusat

MOHAMAD Hasan sewaktu menghadiri sarapan pagi bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Datuk Azman Ismail (berdiri, dua dari kanan) di Warung Cenderawasih, Muar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberi ke­san ter­hadap kestabilan Kerajaan Per­sekutuan berikutan dinamik politik negara kini jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ber­kata, perkembangan politik semasa menyaksikan wujudnya susunan kerjasama yang berbeza antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, namun keadaan itu tidak menggugat pentadbiran di Putrajaya.

Katanya, situasi di Sabah men­jadi contoh jelas apabila parti Warisan berperanan sebagai pembangkang di peringkat negeri, tetapi pada masa sama menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Di Sabah, ia unik kerana Warisan berada dalam kelompok pembangkang di sana, tetapi bersama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Jika dinamik politik Malaysia telah berubah. Kita tidak seharusnya terikat dengan cara berfikir lama,” katanya yang ju­ga Menteri Luar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir untuk sarapan pagi bersama pengundi di kawasan Simpang Jeram di Warung Cenderawasih, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Hassan berkata, perbezaan kera­jaan antara negeri dan Pusat tidak akan memberikan kesan ke atas kestabilan perpaduan yang dijalin antara gabungan Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, banyak negeri di da­lam negara yang berbeza kerajaan pentadbirannya dengan ke­rajaan Pusat seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Sarawak dan Terengganu namun tiada sebarang masalah timbul.

“Dinamika politik Malaysia sudah berubah dan mohon jangan terikat dengan pemikiran lama.

“Saya tak nampak ia menjadi satu isu yang boleh menggugat kerajaan perpaduan. Itu sebabnya dalam kempen di Johor ni saya nasihatkan rakan-rakan supaya berhemah dalam berkempen, jangan personal.

“Kita minta rakyat Johor supaya memberikan undi kepada parti yang mereka rasa boleh menjamin dan juga membawa kesejahteraan kepada rakyat Negeri Johor, dan Barisan Nasional (BN) sudah ternyata mampu melakukannya,” katanya.

Walaupun merupakan sekutu rapat di Putrajaya, BN dan Pakatan Harapan (PH) bersaing untuk semua 56 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Johor.

Terdapat juga dakwaan perbincangan mengenai BN yang mempunyai pakatan pilihan raya tersirat dengan Pas, yang hanya bertanding di 11 kerusi di bawah panji Perikatan Nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN