Pantun PM curi perhatian warga maya

Pantun PM curi perhatian warga maya

Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menitipkan pantun mengenai 'muafakat' dan 'persahabatan' mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menitipkan pantun mengenai ‘muafakat’ dan ‘persahabatan’ mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini.

Pantun itu dimuat naik ketika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan, sekali gus meletakkan Pakatan Harapan (PH) sebagai pencabar mereka di negeri berkenaan.

Pada masa sama, PH dan BN masih meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkongsi pantun berbunyi:

“Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan.”

Hantaran yang disertakan dengan tanda pagar #YakinMADANI itu turut memaparkan gambar beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri mesyuarat Kabinet dengan lagu latar belakang ‘madu dan racun’

Walaupun Perdana Menteri tidak menyatakan secara khusus maksud di sebalik pantun tersebut, mesej yang menekankan kepentingan mengekalkan hubungan baik walaupun berbeza Langkah.

Hantaran tersebut turut disukai kira-kira 12.1 ribu dengan 1,700 komen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN