PRN: Perebutan kerusi DUN Puteri Wangsa akan ditentukan kepimpinan tertinggi PH - Utusan Malaysia

PRN: Perebutan kerusi DUN Puteri Wangsa akan ditentukan kepimpinan tertinggi PH

Fuziah Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan diselesaikan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh bagaimanapun berkata, pihaknya yakin kerusi disandang Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz itu akan menjadi milik PKR.

“(Pertikaian itu) Akan diselesaikan di peringkat tertinggi PH. Itu dakwaan Amanah tetapi ianya akan diselesaikan di peringkat paling tinggi.

“Insya-Allah (milik PKR),” katanya ringkas ketika ditemukan pemberita pada Program Jualan Rahmah Madani di Pasaraya Econsave Taman Daya, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu PH telah hampir memuktamadkan senarai nama calon-calon yang akan bertanding pada PRN Johor dan juga PRN Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

“PKR akan bertanding 20 kerusi pada PRN Johor, manakala 16 kerusi pada PRN Negeri Sembilan, dah hampir 99 peratus muktamad. Calon-calon bagi PRN Johor akan diumumkan beberapa hari lagi.

“Akan ada gandingan yang seimbang antara orang lama, orang baru, wanita serta anak muda. Jadi tunggukan pengumuman nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan saman RM10 juta terhadap bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Sudahlah, dia dah letak jawatan dan sudah keluar parti. Selebihnya saya serahkan kepada pihak peguam. Begitu juga tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Subang, Wong Chen,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN