PRN Johor: Bekas exco Johor dari Bersatu, Mazlan Bujang diumum calon Pas di DUN Kahang - Utusan Malaysia

PRN Johor: Bekas exco Johor dari Bersatu, Mazlan Bujang diumum calon Pas di DUN Kahang

BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Kebudayaan Johor, Mazlan Bujang diumum sebagai calon Pas yang akan bertanding di kerusi DUN Kahang pada PRN Johor ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Johor, Mazlan Bujang, yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) empat tahun lalu diumumkan sebagai salah seorang calon Pas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumum Mazlan sebagai salah seorang daripada 11 calon yang bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mazlan, yang baru sahaja menyertai Pas akan bertanding di kerusi DUN Kahang. Calon-calon ini dipilih berdasarkan kehadiran dan sumbangan mereka kepada rakyat,” katanya ketika mengumumkan senarai nama calon pada Majlis Pengumuman Calon Pas Johor di Bakri, di sini malam tadi.

Mazlan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Kebudayaan Johor difahamkan baharu menyertai Pas pagi semalam.

Tambah Ahmad Samsuri, keputusan PRN Johor ini akan memberikan isyarat jelas buat rakyat Malaysia bahawa parti ini serius dan mempunyai ramai calon berkelayakan untuk terlibat sama pada PRN Negeri Sembilan dan seterusnya PRN Melaka tidak lama lagi.

“Keputusan ini juga memberikan mesej dan isyarat kepada kerajaan Persekutuan untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU). Pas bersedia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN