‘Roh’ reformasi PKR berjalan waktu tidur ke Rafizi - Sanusi

‘Roh’ reformasi PKR berjalan waktu tidur ke Rafizi – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Semangat asal perjuangan atau ‘roh reformasi’ dalam PKR ketika ini didakwa tidak lagi berada dalam kepimpinan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya semangat itu kini lebih dekat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kehadiran Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Rafizi amat disambut baik terutama untuk memecah-belahkan PKR di Kedah.

“Saya alu-alukan kehadiran depa untuk mengambil ahli-ahli PKR di Kedah, pecahkan PKR biar berselerak habis semua masuk Bersama untuk menghidupkan roh politik reformasi.

“Saya rasa roh PKR yang sebenar ada kepada Rafizi, tiada lagi dengan Perdana Menteri dan orang-orang yang dalam Kerajaan Persekutuan. Roh itu telah beralih, berjalan sewaktu tidur pergi kepada Rafizi,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyerahan Lembu Korban di sini, hari ini.

Pada 17 Mei lalu, spekulasi mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya terjawab apabila kedua-dua pemimpin itu diumumkan mengambil alih Bersama.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi majlis khas di PJ Performing Arts Centre, yang turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube milik Rafizi.

Rafizi bergandingan dengan Nik Nazmi, bekas Naib Presiden PKR serta bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bagi menerajui parti politik berpangkalan di Pulau Pinang itu.

Pada masa sama, kedua-dua mereka turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN