ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan, teguran yang dibuatnya dalam program parti baru-baru ini adalah secara umum tanpa menyerang atau menyindir Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin. Menurut Menteri Besar Kedah itu, peringatan yang disampaikan dalam program dalaman Pas berkenaan telah disalah erti dan dimanipulasi pihak tertentu sehingga menimbulkan dakwaan tidak tepat. Beliau berkata, tidak wajar kenyataan itu dikaitkan sebagai sindiran atau serangan…










