PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menegaskan bahawa isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, wajar dibahaskan sebagai satu usul di Parlimen sebelum sidang berakhir pada 3 Mac ini. Guan Eng berkata, pendirian itu selaras dengan cadangan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 2022, ketika beliau masih menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP. Beliau berkata, pada ketika itu, Majlis Presiden PH menggesa agar…










