PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa menjadi watak utama di sebalik perbalahan yang berlaku dalam Parti Bersatu serta Perikatan Nasional (PN). Ketua Bersatu Bahagian Selayang, Ahmad Nasir Mid berkata, kemasukan Azmin ke dalam Bersatu didakwa membawa budaya politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih agresif dan berasaskan kem. Beliau berkata, punca sebenar adalah daripada Azmin yang dikatakan berhasrat menguasai Bersatu dengan…










