UMNO tidak takut Akta Pendanaan Politik - Noraini

UMNO tidak takut Akta Pendanaan Politik – Noraini

NORAINI Ahmad ketika berucap bagi Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO tidak gentar dan takut dengan kewujudan Akta Pendanaan Politik yang mahu penggubalannya disegerakan untuk membina sistem politik yang adil dan matang.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, UMNO mesti menjadi pelopor untuk pastikan Akta Pendanaan Politik segera diwujudkan segera.

Katanya, menerusi akta itu setiap sen yang masuk akan direkodkan dengan jelas, sebarang sumbangan didedahkan secara telus serta setiap penderma akan diketahui identiti mereka manakala tiada lagi ruang untuk fitnah dan tohmahan.

“Ada pihak yang mungkin takut dengan Akta Pendanaan Politik ini. Takut terdedah. Takut terbongkar. Takut rahsia mereka terungkai. Tetapi bukan UMNO,” katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO di sini hari ini.

Noraini berkata, Akta Pendanaan Politik ini nanti bukan sekadar satu undang-undang, sebaliknya adalah lambang kepada politik baharu Malaysia.

“Politik yang bersih. Politik yang telus. Politik yang mengutamakan kepentingan rakyat!

“Inilah warisan yang kita mahu tinggalkan untuk anak cucu kita! Bukan warisan fitnah dan tohmahan. Bukan warisan syak wasangka dan tuduh-menuduh. Tetapi warisan politik yang mulia, yang berintegriti, yang boleh dibanggakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN