KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan beliau akan terus berkhidmat dalam kerajaan selepas ini. Ini susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan peranan baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat. “Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. “Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya sambil menegaskan segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan negara. Beliau berkata…











