SHAH ALAM: Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa Pas pusat memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyarankan pembentukan gabungan baharu khususnya dengan UMNO. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, gabungan baharu perlu dibentuk sama ada membina semula Muafakat Nasional (MN) menjadi MN 2.0 atau dengan nama lain bagi memastikan kepentingan rakyat khususnya Melayu dan Islam. “Saya lihat, kali ini maaf PN khususnya hubungan dengan Bersatu tidak bawa ke mana,…










