Majoriti ADUN PN Perlis didakwa tarik sokongan terhadap MB, bubar DUN atau letak jawatan ? - Utusan Malaysia

Majoriti ADUN PN Perlis didakwa tarik sokongan terhadap MB, bubar DUN atau letak jawatan ?

DUN Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis dengan majoriti menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dikatakan telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar manakala nama calon dari Pas, belum.

Sumber dalaman dari PN memberitahu Utusan Malaysia, rata-rata ADUN dengan yang pasti lebih majoriti menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mohd. Shukri.

“Kemungkinan tukar Menteri Besar itu ada. Sekarang kita lihat sama ada Mohd. Shukri akan meletak jawatan atau sebaliknya selepas sudah hilangan sokongan.

“Sekarang ada dua kemungkinan sama ada Mohd. Shukri letak atau jawatan atau dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya sumber itu.

Sebelum ini, seruan Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Ali agar kepemimpinan dan seluruh ahli parti menyokong pentadbiran Mohd. Shukri sebagai Menteri Besar yang hadir secara tiba-tiba menarik perhatian ramai.

Sementara itu, salah seorang ADUN memberitahu Utusan Malaysia, kemungkinan pertukaran Menteri Besar itu ada dan pada masa ini, Mohd. Shukri masih dirawat di hospital atau faktor kesihatan.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Mohd. Shukri dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas kembali daripada urusan luar negara.

Mohd. Shukri mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital itu selepas mengadu sakit dada dan kini berada dalam keadaan stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN