PETALING JAYA: Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) merupakan mimpi ngeri kepada pembayar cukai di negara ini. Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi gagal merujuk kelemahan terbesar pelaksanaan GST iaitu kegagalan membayar balik bayaran cukai itu yang sepatutnya dibayar. Guan Eng mempersoalkan sama ada Timbalan Perdana Menteri itu boleh memastikan bahawa…










