Sukar menang secara tunggal

Sukar menang secara tunggal

MOHD. AMAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, sukar untuk mana-mana parti menang secara tunggal dan membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November ini.

Kerana itu, kata beliau, Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama de­ngan mana-mana parti di Sabah sekali gus membentuk kerajaan campuran.

Bagaimanapun, beliau tetap yakin PN mampu menjadi kerajaan sekali gus memimpin Sabah menerusi PRN kali ini berpandukan kepada perkembangan semasa dan tahap kesedaran rakyat Sabah untuk melakukan perubahan pentadbiran semakin baik.

Mohd. Amar berkata, situasi berkenaan menyebabkan PN membuat keputusan untuk bertanding di 40 kerusi pada PRN Sabah nanti.

“Sasaran kita jelas, kita mahu jadi kerajaan. Kalau menang sendirian lebih baiklah,” katanya selepas Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, PN mengumumkan bertanding di 41 daripada 73 ke­rusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah Ke-17.

Antara nama besar yang diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pe­ngerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang ditempatkan di DUN Sugut.

Turut dinamakan ialah Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang diperta­ruhkan untuk merampas DUN Karambunai manakala Naib Ke­tua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nabila Norsahar di DUN Darau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN