KIMANIS: Kehadiran bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam beberapa program bersama pengundi di Sabah tidak menimbulkan sebarang isu kerana ia dibuat atas kapasiti peribadi. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil maklum perkara terbabit dan turut meneliti ucapan Khairy ketika program kempen calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Datuk Mohamad Alamin, semalam. “Saya meneliti wawancara beliau turun ke Sabah adalah membantu…










