Hajiji yakin mampu atasi saingan lima penjuru

Hajiji yakin mampu atasi saingan lima penjuru

HAJIJI Noor (kanan) bergambar bersama barisan calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, Majlis Daerah Tuaran, Sabah, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa parti itu akan meraih kemenangan majoriti besar bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata, calon-calon setiap parti sudah diumumkan dan semua boleh bertanding bermula hari ini.

“Hari ini kita sudah tahu calon-calon Sulaman. Inilah demokrasi semua boleh bertanding, saya amat yakin GRS akan menang dengan majoriti yang besar di kawasan ini,” katanya selepas pengumuman calon kerusi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman, pagi semalam.

DUN Sulaman berlaku persaingan sengit antaranya Dr Shahnon Rizal Thaijuddi (Barisan Nasional), Moktar Hussin (Parti Warisan), Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah) serta Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional).

Hajiji merupakan calon terakhir yang hadir sekitar pukul 8.50 pagi berbaju Melayu ungu diiringi lautan putih dengan laungan ‘rumah kita, kita jaga’ pada penamaan calon pagi tadi.

Pencadang dan penyokong Hajiji masing-masing ialah Datuk Abdul Kasim Razali dan Sylvia Beliggi.

Sementara itu, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berdepan saingan sengit di kubu kuat beliau apabila berlaku pertandingan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Mohd. Shafie dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Marunda KK Ampong; Mohd. Lipai @ Samsu Sundalu(Parti Impian Sabah); bekas Menteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Askalani Andul Rahim yang bertanding sebagai calon Bebas; serta Abdul Majid Angkulan dari Parti Perpaduan Malaysia.

Suasana di pusat penamaan calon berjalan lancar dengan kawalan keselamatan teratur meskipun jumlah penyokong yang hadir agak ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN