KOTA KINABALU: Pas Sabah mengesahkan parti itu tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri akan datang. Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, walaupun Pas tidak bertanding di kawasan tersebut, keputusan keseluruhan pembahagian kerusi dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya. “Pas tidak bertanding di Sulabayan. Cuma setakat ini PN pun belum putuskan bagi keseluruhan kerusi yang akan…









