PERGOLAKAN dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin ketara menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar bersedia untuk turun ke gelanggang politik dua minggu lagi. Tindakan Lembaga Disiplin parti terhadap beberapa pemimpin kanan dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) jelas menunjukkan keadaan dalam Bersatu masih jauh daripada stabil. Tiga lagi pemimpin termasuk Timbalan Speaker DUN Kedah, Abdul Razak Khamis, bersama Ketua Bahagian Puchong,…

 
								 
											









