SHAH ALAM: Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak lembaga disiplin memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Wan Saiful Wan Jan. Mereka dalam kenyataan bersama berkata, tindakan tersebut adalah untuk menjaga disiplin, integriti dan maruah perjuangan parti yang dalam masa sama memelihara keyakinan rakyat dalam memastikan parti kekal utuh dan dihormati. “Kami, sepuluh ADUN Selangor, memandang serius kenyataan dan sidang media…