PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-71 bulan depan. Menteri Besar Terengganu itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan parti yang menyokong beliau untuk terus menggalas tanggungjawab berkenaan. “Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini (Naib Presiden). Saya berterima kasih atas pencalonan yang diberikan oleh kawasan-kawasan,” katanya menerusi satu hantaran…