Tun Mahathir masih relevan satukan Melayu

Tun Mahathir masih relevan satukan Melayu

putra height
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap perjuangan penyatuan Melayu tidak wajar dinilai semata-mata berdasarkan prestasi pilihan raya atau kedudukannya dalam kerajaan semasa.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, semua pemimpin parti politik perlu melihat peranan dan jasa beliau sebagai seorang negarawan dan tokoh pemimpin berpengalaman.

“Kita tidak menilai Tun Mahathir pada jumlah kerusi yang beliau kalah atau menang. Beliau adalah negarawan dan tokoh berpengalaman yang mempunyai keikhlasan tinggi dalam membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.

“Takkanlah sebab beliau tidak bersama kerajaan sekarang, kita mahu padam semua jasa dan peranan yang pernah beliau sumbangkan kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini, hari ini. 

Beliau mengulas sokongan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap idea memperjuangkan penyatuan politik Melayu-Islam menerusi simbol ‘payung besar’ yang diperjuangkan Dr. Mahathir sebagai landasan memperkukuh kuasa politik orang Melayu. 

Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, selama mana Dr. Mahathir masih hidup, adalah tidak salah untuk mana-mana pihak memanfaatkan ilmu dan pengalamannya demi kepentingan masa depan negara.

Katanya, penghargaan terhadap tokoh seperti beliau tidak sepatutnya terhenti setakat musim pilihan raya sahaja.

“Bukan setakat pilihan raya umum (PRU), tetapi pemikiran dan pandangan beliau terhadap hala tuju negara adalah jauh lebih penting dan melangkaui sempadan politik semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN