Rafizi, KJ dicadang bentuk parti politik baharu

Rafizi, KJ dicadang bentuk parti politik baharu

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq serta bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin antara nama yang dicadang untuk membentuk satu parti politik baharu.

Menggunakan analogi bola sepak, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, gabungan pemimpin yang mempunyai potensi dalam arena politik kebiasaannya akan menjadi kuat dan memenangi siri pilihan raya.

“Dalam bola sepak apabila pemain pemain bintang bergabung, pasukan itu biasanya menjadi terlalu kuat dan juara banyak tahun.

“Secara automatik parti ini sudah ada tujuh hingga sepuluh ahli Parlimen. Satu bargaining power cukup kuat ketika tidak ada ‘single party’ yang boleh memerintah di Malaysia.

“Dengan latar belakang pendidikan, pengalaman jawatan tinggi dalam parti asal dan sifat suka berbeza idea dalam parti, maka apakah mereka ini serasi untuk bergabung? Selamat mencuba untuk memeriahkan demokrasi di Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Antara nama lain yang dicadang ialah bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir; bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad; ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan ahli Parlimen Julau, Larry Sng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN