PETALING JAYA: Pemansuhan pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 antara isu hangat yang sering dijadikan ‘modal politik’, terutamanya menjelang pilihan raya. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, meskipun impian rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma adalah satu aspirasi murni, namun pelaksanaannya menuntut komitmen yang jauh lebih besar daripada sekadar iltizam politik. “Pendidikan percuma cita-cita semua dan…