Pertahan Razman gambarkan Pas ‘halalkan’ fitnah – UMNO

Pertahan Razman gambarkan Pas ‘halalkan’ fitnah – UMNO Kelantan

NOOR HARIRI MOHAMED NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Pas mempertahan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkaitan kenyataan berbaur ‘fitnah’ dan menyifatkannya sebagai isu terpencil memberi gambaran parti itu menghalalkan fitnah.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor mengakui ter­kejut dengan kenyataan Setia­usaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin yang seolah-olah mempertahan tindakan pemim­pin tertinggi Perak itu.

“Ini bukan isu terpencil, bagi saya beliau (Takiyuddin) sebagai Setiausaha Agung perlu tahu Razman bukan ahli Pas biasa. Razman adalah Pesuruhjaya Pas Perak sekali gus merupakan pimpinan tertinggi parti di ne­geri berkenaan (Perak).

“Keduanya, ini bukan kali pertama Razman berbuat demikian dan sudah tiga kali berdepan saman, namun dia tetap mengu­langi perkara yang sama,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Noor Hariri yang juga Ke­tua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, Pas yang sering melaungkan Islam sebagai per­juangan sepatutnya tidak membenarkan tindakan tersebut.

Katanya, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila tiada langsung pemimpin tertinggi Pas yang menegur tindakan Razman.

“Lebih mengecewakan lagi dalam isu fitnah Ahli Parlimen Kepala Batas (Dr. Siti Mastura Muhammad), Pas boleh meres­tui lagi kutipan derma untuk membayar saman fitnah yang terbukti bersalah.

“Tindakan ini seolah-olah menghalalkan fitnah berteba­ran. Suatu pendirian yang sa­ngat membahayakan sekali gus mengotorkan imej Islam di Malaysia,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Pas menganggap isu membabitkan Razman yang terkhi­laf apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL sebagai kes terpencil.

Mengulas perkara itu, Taki­yuddin tidak menafikan wujudnya ‘seorang dua’ yang bercakap atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili sesebuah parti atau organisasi.

Bagaimanapun sebagai parti Islam, katanya beliau merasakan ahli serta pemimpin Pas masih lagi terkawal dan berdi­siplin, serta tidak terlanjur kata yang keterlaluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×