MELAKA: Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri merupakan tanda bahawa sokongan pengundi Melayu telah kembali kepada UMNO. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walau bagaimanapun kejayaan BN merampas semula kerusi itu membuktikan bahawa kemenangan tidak mustahil untuk dicapai, sekiranya seluruh anggota parti bersatu-padu. Katanya, bagi mengekalkan kemenangan di DUN Mahkota dalam PRK…










